comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek rogol, pukul anak disambung reman

Tangkap layar video kejadian yang dirakam memaparkan seorang lelaki memukul anaknya dalam keadaan mabuk di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru, Kota, Rembau pada 23 Januari lalu. – Foto tular

REMBAU: Suspek yang disyaki memukul anak kandungnya yang berusia 17 tahun sehingga mendapat 12 jahitan pada kepala 23 Januari lalu, disambung reman selama lima hari.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, suspek yang berusia 47 tahun dikatakan mengamuk dalam keadaan mabuk selepas remaja perempuan terbabit memberitahu teman wanita bapanya yang dia telah dirogol suspek.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya masih memerlukan masa untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Reman telah tamat semalam dan hari ini kami memohon perintah reman dilanjutkan di Mahkamah Majistret Jenayah di Seremban sebelum dibenarkan reman selama lima hari lagi.

“Ia bermula hari ini hingga 1 Februari supaya siasatan lanjut dapat dijalankan,” katanya dihubungi Berita Harian, hari ini.

Remaja berkenaan yang luka di perut, kepala serta lebam pada lengan dan bahu kanan sebelum itu dihantar ke Hospital Tampin, namun dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Polis tambahnya telah membawa remaja berkenaan ke lokasi kejadian di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru pada Jumaat lalu bagi melengkapkan siasatan.

“Ketika ini mangsa masih mendapatkan rawatan di HTAN dan berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mangsa masih trauma. Hasil temubual dengan doktor yang merawatnya mendapati dia dirogol bapanya pada November tahun lalu, selain pemeriksaan mendapati terdapat koyakan lama pada hymen,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas parah dibelasah bapanya kerana membongkar rahsia dia dirogol suspek.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini