comscore
Tumpuan :
Nasional

Tak perlu lagi bebankan JKR dengan projek kecil – PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ketua-ketua jabatan meneliti status pelaksanaan projek-projek yang telah diumumkan kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, setiap projek kerajaan seperti pembaikan sekolah daif, klinik-klinik daif dan pembaikan tandas tidak perlu lagi membebankan Jabatan Kerja Raya (JKR) .

Justeru, beliau mengarahkan projek kecil seperti baik pulih sekolah dan klinik daif di bawah seliaan  JKR dipindahkan kepada jabatan lain atau pejabat daerah.

Perdana Menteri berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua pegawai daerah  minggu depan supaya mereka dapat menjalankan tugas pelaksanaan terbabit.

“Saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya) bahawa projek kerja raya umpamanya sekolah daif, klinik daif, baik pulih tandas, tak perlu lagi dibebankan kepada JKR.

“Pindahkan tugas itu kepada jabatan atau pejabat daerah dan Insya-Allah pada minggu depan, saya akan berjumpa dengan semua pegawai daerah untuk meminta mereka menjalankan tugas pelaksanaan di bawah,” katanya ketika berucap pada perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI di sini, hari ini.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini