comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] JKR tampal jalan berlubang selepas tular

FOTO: Jabatan Kerja Raya Malaysia/ Facebook

KUALA LUMPUR: Susulan isu jalan berlubang di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) laluan Manjalara-Kepong hingga tular di media sosial, membawa kepada tindakan segera oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menerusi laman Facebook rasmi, JKR memaklumkan, kerja pembaikan telah dilaksanakan pihak utiliti Telekom Malaysia (TM) dengan kaedah tampalan kekal.

FOTO: Jabatan Kerja Raya Malaysia/ Facebook

Difahamkan kerja-kerja tampalan sementara dilakukan oleh JKR semalam sebelum ia disusuli pembaikan kekal oleh pihak TM.

Semalam, seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi satu minit tiga saat yang menasihatkan pengguna untuk berhati-hati menggunakan laluan tersebut.

Individu itu memaklumkan, rakannya yang menunggang motosikal terjatuh selepas melanggar lubang berkenaan.

Rakaman video sama turut menunjukkan dentuman kuat daripada sebuah kereta yang melanggar lubang tersebut semasa kejadian.

Loading...
Terkini