comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Taman Agroteknologi MARDI jana pendapatan RM22 juta setahun

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani melihat buah durian yang dihasilkan di Taman Agroteknologi Langkawi selepas merasmikan Program Penanaman Semula Pelancongan Hijau di taman itu, hari ini. – FOTO: NSTP

LANGKAWI: Taman Agroteknologi Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di negara ini menerima lebih 600,000 pelawat, sekali gus menjana pendapatan kira-kira RM22 juta setahun.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata jumlah itu membabitkan semua sembilan Taman Agroteknologi MARDI dengan Taman Agroteknologi Langkawi dan Cameron Highlands masing-masing menerima jumlah pelawat tertinggi sekitar 45,000 sebulan.

“Kedudukan semasa memperlihatkan kedua-dua taman agroteknologi itu mula merangkak naik pasca COVID-19 dan masing-masing menjana pendapatan sekitar RM2 juta setahun serta memberi sikit ‘kelegaan’ kepada MARDI,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Penanaman Semula Pelancongan Hijau di Taman Agroteknologi Langkawi di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah MARDI Kedah, Wan Zairi Wan Abdul Manaf dan Pengurus MARDI Langkawi, Muhammad Khairol Asraff Ibrahim.

Tujuh lagi kawasan iaitu Tanjung Karang di Selangor; Kuala Kangsar dan Bagan Datuk di Perak; Cherating (Pahang); Kuala Linggi (Melaka); Jeram Pasu (Kelantan) dan Kluang (Johor) turut memiliki taman agroteknologi sama.

Mengulas mengenai program hari ini, Dr Mohamad Zabawi berkata sebanyak 450 anak pokok dengan 200 daripadanya anak pokok durian di tanam di Taman Agroteknolo Langkawi bagi mengantikan pokok lama yang telah berusia.

“Sasaran kita setiap stesen MARDI di negara ini akan menanam tidak kurang 800 pokok sebagai menyokong Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 anjuran kerajaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini