comscore
Tumpuan :
Nasional

Tambang percuma sempena PRU-15 – PRASARANA

 

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) selaku pengendali perkhidmatan rel dan bas utama negara mengumumkan akan memberi tambang percuma sepanjang hari pada Sabtu, 19 November 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, tambang percuma diberikan kepada perjalanan di semua rangkaian rel dan bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi LRT, MRT, Monorel, BRT atau bas henti-henti.

“Tambang percuma ini memudahkan rakyat Malaysia keluar mengundi dengan mudah, tenang dan selamat.

“Pengguna juga dinasihatkan untuk memuat naik aplikasi PULSE di Google Play dan App Store untuk merancang perjalanan ke pusat mengundi,” kata PRASARANA dalam kenyataan itu.

Pengguna My50 boleh menggunakan pas seperti biasa. Pengguna kad Touch ‘n Go pula boleh meggunakan kad tanpa sebarang caj. Bagi pengguna token, pengguna perlu ke mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala.

Bagi perkhidmatan Rapid Bus di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan (termasuk bas perantara MRT), pengguna tidak perlu menyentuh kad di mesin pengimbas apabila menaiki ataupun turun daripada bas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman-laman media sosial serta laman web https://myrapid.com.my.

Loading...
Terkini