comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali : PM, TPM, beberapa menteri akan turun ke kawasan tanah runtuh

FOTO: Anggota bomba dan Pasukan Khas Pertahanan Awam ( PASPA) menjalankan operasi mencari mangsa terperangkap dalam tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. – Foto Ihsan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya akan meninjau kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata beberapa menteri juga sudah dikerah ke lokasi tanah runtuh berkenaan.

Setakat ini, dua mangsa disahkan meninggal dunia termasuk seorang kanak-kanak manakala tiga cedera dan 51 yang lain masih belum ditemui.

Antara mangsa yang terselamat di Balai Polis Ulu Yam Bahru. – Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Antara mangsa yang terselamat ditempatkan di Balai Polis Ulu Yam Bahru. – Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Seramai 79 individu dilaporkan berada di kawasan perkhemahan itu.

Setakat ini, Pengarah Bomba Selangor berkata 37 orang sudah diselamatkan di tapak perkhemahan berkenaan yang berada berhampiran Gohtong Jaya, Genting Highlands.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak/ Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali akan meninjau kawasan kejadian jam 12.30 tengah hari ini.

Loading...
Terkini