comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tanah runtuh: Laluan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sepenuhnya 

 

IPOH: Laluan di Jalan Kubu Gajah-Sumpitan (Jalan A021) yang menghubungkan Kubu Gajah di daerah Larut, Matang dan Selama dengan daerah Hulu Perak ditutup sepenuhnya selama seminggu susulan insiden tanah runtuh di antara Seksyen 25 hingga 33 laluan itu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak berkata penutupan itu bermula 10 pagi hari ini hingga 11.59 malam 3 Oktober ini.

“Kawasan kejadian tanah runtuh itu membabitkan kawasan di dalam daerah Larut, Matang dan Selama (LMS),” kata dalam notis yang disiarkan di Facebook jabatan itu, hari ini.

Jalan menghubungkan Sumpitan – Selama ditutup sehingga 3 Oktober berikutan kejadian tanah runtuh hari ini. IHSAN PEMBACA

Susulan itu, katanya, penggunanya perlu menggunakan jalan alternatif termasuk laluan persekutuan antara Padang Rengas dan Changkat Jering di Taiping.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya juga menerusi hantaran di FB berkata, laluan antara Bukit Sumpitan Ijok-Lenggong turut ditutup susulan insiden sama.

Jalan menghubungkan Sumpitan – Selama ditutup sehingga 3 Oktober berikutan kejadian tanah runtuh hari ini. IHSAN PEMBACA

“Mohon kepada pengguna yang melalui laluan ini untuk mengikuti laluan alternatif lain. Proses pembaikan jalan sedang diusahakan oleh agensi kerajaan.

“Pihak JKR akan maklumkan semula pembukaan laluan ini setelah selesai nanti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kejadian sama pernah berlaku di laluan itu mengakibatkan penutupan jalan itu sepenuhnya, antaranya pada November 2017 dan November 2021.

Jalan menghubungkan Sumpitan – Selama ditutup sehingga 3 Oktober berikutan kejadian tanah runtuh hari ini. IHSAN PEMBACA
Loading...
Terkini