comscore
Tumpuan :
Nasional

Tandas, peti sejuk, dapur kotor punca 4 premis makanan diarah tutup

KLANG: Jabatan Kesihatan di Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan empat premis makanan ditutup selama 14 hari berikutan keadaan tandas, peti sejuk serta dapur yang kotor.

Empat premis terbabit antara 20 yang diperiksa melalui operasi yang dijalankan MPK pada 21 dan 22 Februari lalu di sekitar Bukit Tinggi dan Klang Utara.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz, berkata arahan tutup dikeluarkan ke atas empat premis terbabit selama 14 hari kerana melakukan kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) 62 (1)b Establismen Makanan MPK 2007.

“Sebanyak 15 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tandas kotor, peti sejuk kotor, dapur kotor, tiada perangkap minyak.

“Selain itu, premis turut dikompaun kerana pekerja tiada suntikan antidemam kepialu, perniagaan tanpa lesen sah serta membuang sisa makanan ke dalam longkang,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Keadaan kotor di premis makanan yang diarah tutup dalam pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang. – Foto: ihsan MPK

Norfiza berkata, operasi terbabit bertujuan memastikan premis makanan bersih dan selamat untuk dikunjungi orang ramai selain mencegah berlaku kes keracunan makanan.

“Pengusaha makanan berdepan tindakan penutupan premis selama 14 hari di bawah Akta Makanan 1983 sekiranya terdapat kesan hurungan tikus dan lipas serta pengusaha dan pengendali makanan tidak mengamalkan kebersihan diri.

Keadaan kotor di premis makanan yang diarah tutup dalam pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang. – Foto: ihsan MPK

“Orang ramai harus peka dengan tahap kebersihan premis mereka kunjungi dan operasi yang MPK laksanakan ini adalah bukti betapa isu kebersihan sentiasa dalam perhatian.

MPK juga tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan kebersihan kerana ia membabitkan nyawa orang ramai dan pengusaha premis perlu peka dengan kebersihan kedai mereka. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini