comscore
Tumpuan :
Nasional

Tarif air naik purata 22 sen semeter padu mulai 1 Februari

 

KUALA LUMPUR: Tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dikuatkuasakan bermula 1 Februari depan, membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui satu kenyataan berkata,  pelarasan tarif air itu akan dilaksanakan mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik.

Menurut SPAN, mengikut TSM, struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

“Pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak lagi boleh ditangguhkan supaya tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan air yang dinikmati rakyat.

“Namun kenaikan masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022,” menurut kenyataan itu.

Loading...
Terkini