comscore
Tumpuan :
Nasional

Teknologi sektor perladangan mampu kurangkan keperluan tenaga kerja asing – Johari

KLANG: Kementerian Perladangan dan Komoditi sedia meningkat pengunaan teknologi bagi mengurangkan pengunaan tenaga buruh asing dalam sektor perladangan dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ini selaras fungsi sektor perladangan sebagai salah satu penyumbang terbesar dalam ekonomi negara.

“Kerajaan begitu prihatin mahu melihat supaya sektor perladangan ini sentiasa memenuhi pelbagai perkara, bagaimanapun kita tidak mahu melihat perhutanan dalam negara diteroka untuk dikomersialkan.”

“Cuma apabila membabitkan sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) sahaja kita akan gunakan mereka (pekerja asing),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Operasi Sime Darby Plantation Berhad di Pulau Carey di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan Sime Darby contohnya telah membangunkan teknologi yang boleh dimanfaatkan dalam sektor perladangan di bawah seliaannya.

“Jadi, penggunaan tenaga kerja atau buruh kalau kita ada lapan hektar satu pekerja tetapi Sime Darby Plantation sekarang ini telah meningkat menjadi 12.5 hektar bagi satu pekerja.”

“Lagi tinggi kita meningkatkan mekanisasi atau teknologi berkenaan, lagi kurang tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor perladangan,” katanya.

Katanya, teknologi berkenaan sebahagiannya telah digunakan oleh Sime Darby Plantation, manakala sebahagiannya lagi masih lagi dalam proses prototaip.

“Kalau Sime Darby Plantation boleh capai setiap teknologi yang mereka buat ini maka saya akan pastikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mengambil setiap teknologi berkenaan sebelum diperkenalkan kepada semua pemain industri kelapa sawit di dalam negara,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini