comscore
Tumpuan :
Nasional

Tengkorak, tulang manusia ditemui di pantai Melaka

MELAKA: Satu tengkorak dan tulang dipercayai milik manusia ditemui di kawasan pantai berhampiran Kota Laksamana, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, ia ditemukan orang awam sekitar jam 6.30 petang.

Sepasukan pegawai dan anggota polis yang memeriksa lokasi kejadian menemui tengkorak tersebut di atas pasir yang dikelilingi semak samun dengan jarak 20 meter dari pantai.

Turut ditemui, satu tulang serta sehelai seluar jeans separuh tertimbus dalam pasir di kawasan terbabit.

Tengkorak dan tulang itu kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Melaka untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Setakat ini tiada kes laporan orang hilang dilaporkan di Balai Polis Melaka Tengah dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Terdahulu, tular dua klip video berhubung penemuan tengkorak serta tulang berkenaan.

Loading...
Terkini