comscore
Tumpuan :
Nasional

Tulang, Rangka Manusia Dihantar Ke Forensik HRPB

FOTO: NSTP

IPOH: Cebisan tulang dan rangka manusia yang ditemui di dalam operasi dan menyelamat (SAR) dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam insiden runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi tujuan bedah siasat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, selain itu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan bagi mengesahkan identiti mangsa.

Katanya, operasi (SAR) di tempat kejadian diteruskan untuk mengesan jentera lain yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan batu berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima makluman daripada pengusaha kuari mengenai penemuan serpihan jentera yang disyaki dikendalikan salah seorang mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan batu.

“Pasukan SAR yang diketuai Ketua Polis Daerah Ipoh dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak menemui cebisan tulang dan rangka manusia di dalam sebahagian jentera di tempat kejadian,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, jengkaut bersama cebisan baju dan tulang ditemukan di lokasi dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian di sini, 8 Mac lalu. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini