comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Terima Kasih Ayah’ 

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Sempena sambutan Hari Bapa bertemakan ‘Terima Kasih Ayah’ yang akan disambut Ahad ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi tumpuan kepada lima nilai pengkayaan keluarga.

Tumpuan itu membabitkan kasih sayang, akhlak, sihat fizikal dan mental, berilmu serta harmoni atau singkatannya KASIH.

KPWKM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, nilai terbabit adalah teras perlu ada dalam keluarga yang mana ia menjadi peranan utama didukung oleh seorang ayah.

“Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.

“Terima Kasih Ayah diangkat sebagai tema pada sambutan yang jatuh pada 18 Jun tahun ini bagi menghargai peranan ayah sebagai ketua keluarga yang menjadi suri teladan kepada anak-anak,” katanya.

Justeru, KPWKM menyeru masyarakat untuk bersama menyemarakkan lagi sambutan Hari Bapa bagi membentuk masyarakat dan komuniti yang lebih penyayang serta mengamalkan sifat ihsan sememangnya menjadi tonggak dalam pembentukan Malaysia MADANI.

Loading...
Terkini