comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pesawat terhempas: Polis sahkan dua individu terkorban, mayat terbenam dua meter

KLANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua individu dipercayai juruterbang dan pembantu juruterbang yang juga ahli Kelab Air Adventure Flying Club terkorban.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam sidang media sebentar tadi.

Mayat mangsa ditemui berada dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter dan ketika usaha untuk membawa keluar mayat sedang dijalankan

Kedua-dua mangsa berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Terdahulu, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan menggunakan jengkaut bagi mengeluarkan badan pesawat yang terbenam dalam tanah di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini