comscore
Tumpuan :
Nasional

Terminal 1 dan 2 KLIA masih sesak akibat pembatalan penerbangan

Foto fail KLIA

Oleh: Fahmi Tajuddin

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 masih lagi sesak akibat pembatalan penerbangan ke Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.

Tinjauan Buletin TV3 di KLIA Terminal 1 mendapati kawasan kaunter dan sekitar Balai Pelepasan Domestik dibanjiri penumpang yang sedang menunggu perkembangan penjadualan semula penerbangan.

Paparan skrin jadual penerbangan juga mamaparkan penerbangan ke Sabah dan Sarawak dibatalkan.

Sementara itu, tinjauan di KLIA Terminal 2 juga masih sesak dengan penumpang rentetan daripada pembatalan penerbangan meskipun pada malam Khamis, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengoperasikan semula beberapa penerbangan yang dijadualkan berlepas serta tiba di Sabah dan Sarawak pada Khamis.

AirAsia dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan 19 penerbangan dioperasikan semula, antara lain membabitkan laluan Bintulu, Kuching, Sibu, Johor Bahru dan Kota Bharu.

Bagaimanapun setakat pagi Jumaat, difahamkan lima penerbangan AirAsia ke Tawau, Sabah telah dibatalkan atas faktor keselamatan laluan penerbangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini