comscore
Tumpuan :
Nasional

[TIDAK RASMI] PRK Kemaman : PAS menang majoriti selesa

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS mengekalkan kerusi itu dengan majoriti selesa.

Setiausaha Agong Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebentar tadi mengucapkan tahniah kepada PAS atas apa yang disifatkannya sebagai kemenangan besar.

 

Beliau berkata keputusan itu tidak mengubah imbangan kuasa di Dewan Rakyat dan fokus harus terarah kepada usaha membela kebajikan rakyat dan memacu ekonmi negara.

Kira-kira jam 8 malam tadi, calon PAS Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dikatakan meraih lebih 48,000 undi berbanding calon BN Tan Sri Raja Affandi Raja Mohd Noor memperolehi lebih 20,000 undi.

Loading...
Terkini