comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga ADUN angkat sumpah jawatan Ahli Jemaah Menteri Sabah

3 Ahli Jemaah Menteri Negeri baharu, Datuk James Ratib, Datuk Christina Liew dan Encik Ginger Phoong Jin Zhe mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di Dewan Kunjungan Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.

Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah mengangkat sumpah adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga ADUN Api-Api Datuk Christina Liew, Phoong Jin Zhe daripada DAP (Lunyang), dan James Ratib daripada Barisan Nasional (Sugut).

 

Ketiga-tiga ADUN berkenaan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan kemudian menandatangani surat sumpah jawatan masing-masing disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ismail Brahim.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun juga Menteri Kewangan II negeri.

Pada 6 Januari lepas, Hajiji mengesahkan bahawa barisan Ahli Kabinet Kerajaan Sabah akan dirombak. – BERNAMA

Loading...
Terkini