comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga anggota ME2023, jurukamera siap sedia mulakan operasi SAR Hawari

Muhammad Hawari berjaya menawan puncak Everest sebelum dilapor hilang pada Jumaat – Foto Ihsan ME 2023

PUTRAJAYA: Penggunaan dua dron berteknologi tinggi menjadi sandaran  operasi dan mencari menyelamat (SAR) pendaki negara, Everest 2023 (ME2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di pergunungan Everest sejak 19 Mei lalu.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif berkata, ketika ini mereka sudah berada di Lukla selepas diterbangkan dari Kathmandu dengan helikopter seterusnya ke Pheriche dan Everest Base Camp (EBC) untuk mengambil  peralatan logistik sebelum ke Kem Dua di kawasan pergunungan Everest sekiranya cuaca baik hari ini bagi memulakan operasi SAR.

Menurutnya, suasana di lapangan terbang ketika ini juga sepi dan hanya beberapa orang penduduk tempatan berada di kawasan itu selepas pihak berkuasa Nepal menutup aktiviti pendakian bermula Isnin lalu.

Katanya, penggunaan dron  lebih efisyen dalam misi pencarian kali ini selain tidak memerlukan tenaga yang ramai serta menjimatkan kos selepas usaha melalui darat dan udara sebelum ini buntu.

“Penggunaan dron ini menumpukan kawasan cerun berbahaya di Kem Dua dan Kem Tiga yang tidak boleh dimasuki manusia serta dapat menyelamatkan nyawa,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi SAR menggunakan dron sepatutnya bermula Isnin lalu namun tertangguh selepas pihak kastam negara itu memberi pelepasan, Rabu lalu untuk mengeluarkan satu dron yang terkandas di pusat kargo selepas dihantar dari Malaysia pada Sabtu lalu.

Dron berteknologi tinggi ini boleh terbang antara 5,000 hingga 7,000 meter tinggi dengan jarak 15 kilometer dan 1,500 meter terbang menegak.

Selain Azim, operasi SAR disertai seorang pendaki ME2023, Tiong Tiong Ling Yang ,30 dan Pengurus Pasukan ME2023, Ayu Wanirah Naharuddin,30.

Katanya, pada masa sama beberapa malim gunung turut bersiap sedia sekiranya operasi SAR menemui sebarang petunjuk  .

“Kita akan manfaatkan kebenaran ihsan 120 jam diberikan pihak berkuasa Nepal ini dan berharap sepanjang operasi SAR ini dapat berjalan dengan baik tanpa berhadapan sebarang cuaca buruk,” katanya.

Loading...
Terkini