comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga bot vietnam ditahan,  Lebih 100 kg ikan, diesel RM4.5 juta dirampas

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan tiga bot nelayan Vietnam di kedudukan sekitar 1230 nautika timur laut Kuala Terengganu.

Lebih 100 kilogram ikan campur dan 1,500 liter diesel turut  dirampas.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid, keseluruhan rampasan bernilai 4.5 juta ringgit.

“Ini adalah kes yang ke 7 di negeri terengganu telah berjaya ditahan dan jarak daripada sempadan kira-kira 20 batu nautika”.

“Kita syaki bot itu baru saja masuk perairan negara dan hasil soal siasat mendapati mereka bertujuan untuk transit ke negara jiran dari selatan Vietnam dan kita tidak menolak kemungkinan semasa transit mereka cuba tangkap ikan di zon peraiaran negara”, katanya.

Ketika diserbu ketiga-tiga bot  menggunakan nombor pendaftaran palsu itu baru sahaja menarik pukat dan cuba  keluar dari perairan negara.

Hasil pemeriksaan mendapati 3 tekong dan 41 krew, masing-masing berusia 21 hingga 44 tahun, gagal mengemukakan dokumen lesen sah dan kebenaran menangkap ikan di perairan negara.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki sebarang lesen dan permit kerja untuk melakukan pengoperasian penangkapan hasil laut di perairan negara dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Loading...
Terkini