comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga kereta terbabas, elak lembu tidur atas jalan 

KOTA TINGGI: Tiga buah kenderaan terbabas gara-gara mengelak seekor lembu yang tidur atas jalan.

Insiden berlaku di Jalan Inas, Bandar Tenggara, Kota Tinggi Johor awal pagi tadi..

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mohd Norul Fazuddin Shafie kemalangan berlaku pada jam 12.33 pagi.

Ketiga-tiga pemandu dikatakan tidak menyedari lembu berkenaan berada di atas jalan gelap lalu merempuh haiwan itu.

Rempuhan itu menyebabkan lembu itu mati.

Kejadian menyebabkan dua pemandu cedera.

Loading...
Terkini