comscore
Tumpuan :
Nasional

TikTok nafi sekat kandungan pro-Palestin di Malaysia

Foto: Reuters

KUALA LUMPUR: Platform media sosial TikTok menafikan dakwaan bahawa ia menyekat kandungan pro-Palestin di negara ini.

Jurucakap TikTok, dalam e-mel kepada Reuters hari ini berkata, pihaknya memilih kesederhanaan dalam menentukan kandungan berita.

“Dakwaan ini tidak berasas. Garis panduan komuniti kami berpegang kepada kesaksamaan kepada semua kandungan TikTok, dan kami komited untuk sentiasa melaksanakan dasar bagi melindungi komuniti,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil semalam mendedahkan terdapat bukti bahawa  TikTok secara sistematik telah menurunkan kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel dari Malaysia.

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu terbukti apabila ramai pengguna platform berkenaan telah mengadu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai kandungan dan siaran langsung yang dimuat naik mereka telah diturunkan atau disekat.

Ia termasuk ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin, Selasa lalu.

Fahmi juga berkata, beliau mengarahkan MCMC untuk membuat  teguran keras kepada TikTok dan Meta berhubung isu itu.

Meta dalam maklum balasnya semalam, mengatakan dakwaan itu ‘tidak benar’ dan ia tidak mengekang hak bersuara di laman Facebook miliknya.

Loading...
Terkini