comscore
Tumpuan :
Nasional

Tindakan pantas bomba selamatkan bangunan JPJ

Keadaan hutan seluas 0.4 hektar yang terbakar berhampiran bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Kubu Bharu, hari ini. – FOTO: NSTP/Ihsan BBP Kuala Kubu Bharu.

HULU SELANGOR: Tindakan membakar tayar terpakai dipercayai menjadi punca kebakaran hutan hingga hampir melarat ke bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya menghalang api marak daripada merebak dan membahayakan keadaan sekeliling.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.10 petang.

Beliau berkata sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran membabitkan kawasan hutan berkeluasan kira-kira 0.4 hektar.

Setakat jam 7.15 petang tadi, kerja pemadaman masih giat dijalankan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini