comscore
Tumpuan :
Nasional

Tindakan segera elak pencemaran bau di Sungai Selangor – LUAS

Oleh : Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan usaha menghalang pencemaran bau seakan diesel di Sungai Selangor yang mengakibatkan bacaan tiga ton dikesan di loji rawatan air (LRA) Rantau Panjang pada 11.15 malam semalam.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan  berkenaan diterima daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Hasil siasatan mendapati pensampelan di beberapa  kawasan termasuk lokasi pengorekan pasir, aktiviti pembangunan berhampiran dan jambatan Sungai Sembah menunjukkan bacaan kosong ton dan tiada kesan minyak didapati.

“Insiden ini berpotensi disebabkan faktor kuantiti minyak yang minima dan bersifat sementara masuk ke Sungai Selangor,” katanya.

Jelasnya setakat jam 11 malam semalam pemantauan statik pihaknya mendapati bacaan di kedua Sungai Sembah dan Sungai Selangor masih menunjukkan kosong ton.

“Susulan itu, LUAS dan Air Selangor melaksanakan tindakan segera dengan meletakkan ‘oil boom’ di muka sauk LRA.

“Dalam masa sama, LUAS telah mengaktifkan pelepasan air dari HORAS 600 sebanyak 300 juta liter sehari (JLH) dan sebanyak 290 JLH daripada kolam alternatif di Bestari Jaya dengan jumlah keseluruhan 590 JLH ke Sungai Selangor bermula jam 12 pagi tadi bagi meningkatkan faktor pencairan (dilution factor) sungai,” jelasnya.

Dalam pada itu, tiga pintu baraj Bestari Jaya juga telah dibuka bertujuan untuk ‘flushing’ segera ke aliran hilir muka sauk.

Tambah Jamaliah, kekerapan pensampelan turut diadakan setiap 30 minit bersama Air Selangor di muka sauk LRA.

Tindakan pantas berkenaan membolehkan LRA Rantau Panjang beroperasi semula pada 2.30 pagi manakala LRA SSP1,SSP2,SSP3  pada empat pagi dengan tempoh henti tugas sementara tidak melebihi empat jam.

Loading...
Terkini