comscore
Tumpuan :
Nasional

TMJ ketuai perarakan Maulidur Rasul peringkat Johor

 

MUAR : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor sejauh satu kilometer, hari ini.

 

Perarakan disertai lebih 5,000 umat Islam itu bermula dari hadapan Majlis Perbandaran Muar dan berakhir di Masjid Sultan Ibrahim.

Sebanyak 66 kontinjen daripada pelbagai jabatan kerajaan, agensi swasta menyertai perarakan pada sambutan yang bertemakan “Perpaduan Teras Maju Johor”.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Al-Quran dan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Tunku Ismail turut berkenan melancarkan saham wakaf Al-Quran Johor luar negara.

Johan perbarisan kategori kerajaan dimenangi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, manakala Lembaga Hasil Dalam Negeri daerah Muar bagi kategori agensi swasta.

Manakala Sekolah Agama Parit Setongkat memenangi perbarisan kategori pendidikan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini