comscore
Tumpuan :
Sukan

TMJ beri bayangan Dion Cools akan ke JDT satu hari nanti

Pemain Harimau Malaya, Corbin Ong (kanan) dan Dion Cools ketika beraksi di Pestabola Merdeka 2023. -Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bahawa pemain kebangsaan, Dion Cools mungkin akan menyertai skuad Harimau Selatan satu hari nanti.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaskan beliau mempunyai hubungan baik dengan Cools yang kini beraksi di liga utama Thailand bersama Buriram United.

Beliau bagaimanapun turut mendakwa bahawa gaji tonggak pertahanan berusia 27 tahun itu terlampau tinggi bagi JDT.

“Gaji Dion Cools terlampau mahal bagi kami. Buriram bayar gaji yang terlalu mahal tetapi saya tahu dia ingin bermain di Malaysia dan saya tak rasa pemain itu akan main dengan pasukan lain.

“Kami mempunyai hubungan baik. Dia tahu berkenan projek, infrastruktur dan agenda di JDT dengan jelas. Satu hari nanti Dion Cools akan menjadi pemain JDT,” katanya dalam program Nindia Bola di sebuah stesen televisyen swasta, hari ini.

Cools yang pernah beraksi bersama kelab Eropah menjadi antara tonggak penting Harimau Malaya dengan dia turut beraksi ketika Pestabola Merdeka 2023 sebelum ini.

Sebelum ini, pemain kacukan Malaysia-Belgium itu juga pernah dikaitkan dengan perpindahan ke JDT sebelum dia berhijrah ke Buriram United.

Loading...
Terkini