comscore
Tumpuan :
Sukan

Falcao sertai JDT?

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi ketibaan bekas penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao di Johor Bahru. – Foto: Tunku Ismail / Instagram

KUALA LUMPUR: Kemungkinan bintang bola sepak Colombia, Radamel Falcao menyertai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin menjadi kenyataan.

Ia susulan pendedahan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagramnya bahawa Falcao sudah berada di Johor Bahru.

Dalam catatannya itu, Tunku Ismail turut berkongsi gambar Falcao menandatangani jersinya.

Spekulasi bekas penyerang Atletico Madrid itu akan menyertai JDT mula hangat selepas Tunku Ismail membuat ciapan di Twitter pada penghujung April lalu menyatakan akan berjumpa dengan Falcao.

Ura-ura berhubung perkara itu semakin kuat apabila Tunku Ismail dalam ciapannya turut mengaitkan nama ejen bola sepak, Morris Pagniello.

Falcao kini 37 tahun adalah antara penyerang paling berbisa ketika zaman kegemilangannya dan pernah beraksi bersama pasukan besar di Eropah seperti Porto, Monaco, Manchester United dan Chelsea. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini