comscore
Tumpuan :
Nasional

Tony Pua hadir di Bukit Aman

Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua tiba di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi keterangan berkenaan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua tiba di Bukit Aman, di sini sebentar tadi bagi dirakam keterangan.

Ia susulan kenyataan biadap Tony terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan tempoh hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu sekitar jam 12.51 tengah hari dan masuk bersama peguam jam 1.12 tengah hari.

Turut hadir memberi sokongan, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze dan Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau.

Terdahulu, Tony yang juga bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya memuat naik beberapa hantaran sinis di Facebook miliknya selepas keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.

Pada Jumaat, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara dan lebih 70 peratus untuk denda yang dikenakan terhadap Najib.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh urusetia Lembaga Pengampunan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini