comscore
Tumpuan :
Nasional

Kemalangan meningkat, kematian menurun dicatat pada 20 April

KUALA LUMPUR: Jumlah kemalangan jalan raya mencatatkan sedikit peningkatan apabila merekodkan 1,856 kes di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, jumlah itu meningkat sebanyak 30 kes berbanding 1,826 kes yang dicatatkan kelmarin.

Berdasarkan laporan itu, jumlah kematian pula mencatatkan penurunan sebanyak enam kes apabila merekodkan 18 kematian, semalam berbanding 24 kematian kelmarin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini