comscore
Tumpuan :
Nasional

Trafik menghala ke ibu negara perlahan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik perlahan di tiga lebuh raya utama menuju ke ibu negara.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, setakat jam 2 petang tadi, pergerakan perlahan berlaku dari arah utara dan selatan akibat pertambahan kenderaan yang menuju ke ibu negara selepas cuti sempena Hari Kebangsaan ke-66, Khamis lalu.

LLM memaklumkan, dari arah utara pergerakan perlahan dikesan di Seberang Jaya menghala ke Perai, Changkat Jering menuju Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke Sungai Perak, KM259.9 menuju ke Terowong Menora, Simpang Pulai ke Gopeng, Gua Tempurung ke Tapah dan Hentian Sebelah Ladang Bikam menuju ke Sungkai.

Kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan yang memasuki lebuh raya dari daerah berhampiran.

Sementara itu, sehingga jam 1 tengah hari tadi, LLM turut memaklumkan pergerakan perlahan dari arah selatan, juga akibat pertambahan kenderaan yang ingin kembali ke Lembah Klang.

Laluan berkenaan membabitkan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh menuju ke Simpang Ampat, Hentian Sebelah Senawang menuju ke Port Dickson, Bandar Ainsdale menuju ke Nilai dan Putra Mahkota menuju ke Southville City.

Bagi laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kesesakan sepanjang lebih 12 kilometer dikesan dari arah Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi dan dari arah R&R Gombak menuju ke Plaza Tol Gombak.

LPT Trafik memaklumkan kesesakan dikesan berlaku akibat pertambahan kenderaan dari arah Bentong dan dari arah Genting Highlands menuju ke Gombak.

Loading...
Terkini