comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi Batang Kali : NGO beri sokongan emosi, keperluan asas waris 

 

Oleh : Siti Khadijah Jaafar

SUNGAI BULOH: Beberapa ahli keluarga dan waris masih berharap mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya Batang Kali dapat ditemui dengan selamat.

Waris mangsa tanah runtuh hadir untuk membuat pengecaman di Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh. – Foto: NSTP/Saifullizan Tamadi

Perkara itu dimaklumkan sukarelawan, Yayasan Buddist Tzu-Chi ,Tan Chee Wei yang bertemu keluarga berkenaan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

“Ketika ini ada dalam 3 ke 4 keluarga berada di sini.Mereka dalam keadaan baik cuma kebanyakannya masih berharap mangsa yang terlibat itu masih hidup”.

Jelas beliau, beberapa keluarga dan waris juga telah mengemukakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengecaman dan masih menunggu maklum balas lanjut daripada pihak hospital.

Suasana pilu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Yayasan Buddist Tzu-Chi telah menggerakkan lebih 50 sukarelawan untuk turun padang membantu di kawasan bencana.

Selain sokongan emosi, yayasan ini turut menyediakan keperluan makanan dan minuman.

Sukarelawan, Yayasan Buddist Tzu-Chi ,Tan Chee Wei

Di Jabatan Forensik hospital ini misalnya, tugasan dilakukan mengikut shift melibatkan 10 sukarelawan setiap shift.

Beberapa booth juga dibuka untuk membantu keluarga dan waris berdepan detik sukar ini.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati lebih 5  keluarga dan waris sudah sedia menunggu sejak pagi tadi untuk proses pengecaman.

Ada yang tenang dan tidak kurang juga yang gagal menahan kesedihan.

Loading...
Terkini