comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali: SAR hari ketujuh tamat lebih awal kerana hujan lebat

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali. – FOTO IHSAN BOMBA

BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong di sini yang masuk hari ketujuh hari ini, ditangguhkan berikutan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata operasi itu ditangguh jam 4 petang tadi kerana keadaan cuaca yang boleh membahayakan keselamatan anggota pasukan SAR di lapangan, dan akan disambung semula esok.

Sebelum itu, operasi berkenaan dihentikan sementara kira-kira jam 2.30 petang berikutan hujan lebat, namun disambung semula kira-kira sejam kemudian selepas hujan berhenti, namun ditangguhkan selepas hujan kembali.

Terdahulu, pasukan SAR berjaya menemui empat lagi mayat dari satu keluarga, dalam timbunan tanah sedalam kira-kira tujuh meter di Sektor C lokasi pencarian, itu ditemukan dalam keadaan bergulung dengan kanvas khemah.

Hanya seorang lagi mangsa dipercayai masih hilang selepas angka rasmi mangsa tragedi disahkan hanya 92 orang selepas semakan dibuat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, dilaporkan berkata jumlah itu berkurangan berbanding angka awal yang dilaporkan, iaitu 94 orang selepas semakan lanjut dan laporan polis yang diterima pihaknya setakat ini.

Berikutan itu, katanya, hanya satu lagi mangsa membabitkan kanak-kanak lelaki yang dilaporkan masih hilang.

Loading...
Terkini