comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi kepala air : Dua mangsa lemas dikenal pasti ibu dan anak

Dua mangsa yang ditemui lemas, Muhammad Zulqarnain Muhammad Haikal Karim 11 tahun (berdiri kiri) dan Azizah Eiyi,40, (berdiri dua dari kiri) – FOTO/VIDEO ROSLI ILHAM

KEMAMAN: Dua mangsa yang ditemukan lemas dalam tragedi kepala air di kawasan perkelahan di Kampung Air Puteh, di sini, hari ini adalah ibu dan anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa dikenali sebagai Azizah Eiyi, 40, dan anak lelakinya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 tahun.

Artikel berkaitan: Tragedi Kepala Air: Operasi SAR dihentikan

“Identiti kedua-dua mangsa dikenal pasti selepas pengecaman yang dilakukan keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Kemaman, malam ini,” katanya.

Mayat mangsa dibawa naik pasukan Penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Kemaman. FOTO/VIDEO ROSLI ILHAM

Mayat Azizah ditemui terapung oleh orang ramai jam 12.45 tengah hari dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer dari tempat kejadian.

Artikel berkaitan:[VIDEO] Mayat 2 korban tragedi kepala air ditemui, 8 lagi dikhuatiri hilang

Sementara mayat Muhammad Zulqarnain ditemui pada jam 5 petang tersangkut pada dahan pokok kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Mayat mangsa kedua yang ditemui lemas dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut. Foto/video Rosli Ilham

Selain dua beranak itu, lapan lagi mangsa dipercayai turut dikhuatiri lemas dalam tragedi petang semalam itu.

Setakat malam ini, belum ada sebarang penemuan baharu.

Pemantauan polis di lokasi kejadian turut menemukan sebuah kereta jenis Proton Gen2 dan sebuah motosikal jenis SYM kira-kira dua kilometer dari lokasi penemuan mayat kedua.

Operasi mencari dan menyelamat akan bersambung jam 9 pagi esok.

Artikel berkaitan: Pengunjung wajar diberi amaran ‘hotspot’ kepala air 

 

Loading...
Terkini