comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali: Kerajaan ucap takziah

Lokasi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Genting-Batang Kali. – FOTO: NSTP

HULU SELANGOR: Kerajaan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian runtuhan cerun di Jalan Batang Kali-Goh Tong di sini, awal pagi tadi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang sedih dengan kejadian itu, merayu semua pihak mengutamakan keselamatan ketika beriadah.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melawat tapak runtuhan cerun berkenaan bagi meninjau dan mendapatkan perkembangan terkini insiden terbabit, malam ini.

“Bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. Saya sangat sedih dengan kejadian ini dan merayu kepada ibu bapa supaya memilih lokasi selamat untuk bercuti pada musim cuti persekolahan.

“Tiada yang lebih penting daripada keselamatan. Saya juga berharap pihak berkuasa menjaga keselamatan sepanjang menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Loading...
Terkini