comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan tanggung subsidi diesel lebih RM1 bilion sebulan – PM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka menanggung perbelanjaan subsidi diesel secara purata melebihi RM1 bilion sebulan atau RM14 bilion bagi tahun ini, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, perbelanjaan itu diunjur berdasarkan senario semasa.

“Jumlah keseluruhan subsidi yang telah ditanggung oleh kerajaan ke atas produk diesel bagi 2018 sehingga 2022 adalah melebihi RM35 bilion.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM3.9 bilion dibelanjakan untuk super subsidi diesel sektor perikanan dan hampir RM1 bilion bagi pengangkutan awam.

“Manakala bagi sektor kenderaan barangan, tidak diperuntukkan harga super subsidi memandangkan harga belian diesel adalah sama dengan harga runcit diesel di stesen minyak,” katanya dalam jawapan bertulis yang diterbitkan di laman web Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah subsidi diesel yang dibelanjakan setiap tahun bermula 2018 sehingga kini.

Wong juga mahu kerajaan memberi pencerahan, apakah impak kepada kedudukan kewangan negara sekiranya subsidi diesel diteruskan.

Perdana Menteri berkata, tujuan pemberian subsidi itu adalah bagi mengelakkan pengguna terkesan dengan kenaikan harga pasaran sebenar produk petroleum di peringkat global.

Ketika ini, Anwar berkata harga jualan runcit diesel ditetapkan pada kadar RM2.15 seliter ketimbang harga pasaran iaitu RM3.75 seliter.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini