comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tujuh cedera, helikopter bomba terhempas

 

SUBANG: Tiga pegawai bomba dan empat kakitangan jurutera selenggara cedera  selepas helikopter bomba yang dinaiki terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAA) di sini, hari ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan helikopter terbabit terhempas di kawasan apron Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) Hangar dekat LTSAA.

Menurut CAAM, helikopter malang itu  jenis Leonardo S.p.A AW189, nombor pendaftaran 9M-BOF.

Insiden berlaku ketika helikopter yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalani ujian penerbangan.

@buletintv3

Sebuah helikopter bomba terhempas, tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter terbabit dilaporkan selamat dan dalam keadaan stabil #beritaditiktok #buletintv3 #helikopter #terhempas

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan nahas  jam 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) telah bertindak segera terhadap insiden berkenaan.

Tujuh penumpang termasuk juruterbang  dilaporkan stabil.

Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan lanjut mengikut
Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Loading...
Terkini