comscore
Tumpuan :
Nasional

Tun Taib, Abang Johari tunai solat sunat Aidilfitri bersama 5,000 jemaah

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Raghad Kurdi Taib, dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta beberapa kenamaan menunaikan Solat Aidil-Fitri di Masjid Jamek Petra Jaya Kuching. –FOTO: NSTP

KUCHING: Ketibaan 1 Syawal disambut umat Islam dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di seluruh negara.

Di Sarawak, lebih 5,000 jamaah menunaikan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Masjid Jamek Petrajaya.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Raghad Kurdi Taib, dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta beberapa kenamaan menunaikan Solat Aidil-Fitri di Masjid Jamek Petra Jaya Kuching. –FOTO: NSTP

Abang Johari tiba di Masjid Jamek pada jam 7.45 pagi diikut oleh Tun Abdul Taib 15 minit kemudian.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Raghad Kurdi Taib, dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta beberapa kenamaan menunaikan Solat Aidil-Fitri di Masjid Jamek Petra Jaya Kuching. –FOTO: NSTP

Turut menunaikan solat sunat di Masjid berkenaan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Solat sunat Aidilfitri terbabit bermula pada jam 8. 15 dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi yang kemudiannya menyampaikan khutbah bertajuk ‘Aidilfitri hargai nikmat kembali kepada fitrah’.

Usai menunaikan solat sunat Aidilfitri, Tun Abdul Taib dan Isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak pada11.00 pagi hingga 4.30 petang dan esok bermula 11.00 Pagi hingga 1 tengah hari.

Manakala Abang Johari dan Isteri juga mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching BCCK selama dua hari bermula hari ini dari jam 10:30 pagi hingga 4.00 petang dan esok hari pada jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Loading...
Terkini