comscore
Tumpuan :
Nasional

Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi subjek Sirah ditangguhkan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek UPKK 03/01 Sirah yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 23 Januari (Selasa) depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam hantaran di laman Facebook rasmi JAKIM sebentar tadi.

Katanya, penangguhan itu dibuat atas sebab isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“JAKIM memohon maaf atas kesulitan ini dan berdoa agar semua calon UPKK di seluruh negara dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ujian yang sedang berlangsung.”

“Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang,” katanya.

Loading...
Terkini