comscore
Tumpuan :
Nasional

Ular sawa gergasi gemparkan penduduk

Anggota bomba dan penduduk bergambar dengan ular yang ditangkap sebelum dilepaskan ke habitatnya – FOTO: NSTP

SEKINCHAN: Seekor ular sawa bersaiz gergasi berjaya ditangkap bomba di Kampung Parit 10 Ban Kenal, Pasir Panjang, di sini, malam tadi.

Difahamkan, reptilia sepanjang tujuh meter itu ditemui dalam kawasan sawah padi berhampiran sebuah rumah penduduk kampung terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.38 malam.

Katanya, sepasukan 11 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, didapati ular sawa terbabit berada dalam kawasan sawah padi.

“Anggota kemudian menangkap reptilia itu menggunakan alat pengepit dan penjerut khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Morni berkata, ular itu berjaya ditangkap pihaknya dalam tempoh 20 minit.

Menurutnya, operasi itu berjalan lancar dan ular berkenaan kemudian dilepaskan ke habitat asal di hutan,” katanya.

Loading...
Terkini