comscore
Tumpuan :
Nasional

UMT peruntuk RM1 juta zakat kepada pelajar asnaf

Sultanah Terengganu merangkap Canselor UMT, Sultanah Nur Zahirah berkenan hadir ke Majlis Konvokesyen UMT Ke-20 di Dewan Sultan Mizan, Kuala Nerus, hari ini. – FOTO : NSTP


KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperuntukkan lebih RM1 juta untuk bantuan zakat kepada 1,582 pelajarnya sepanjang tahun ini.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar, berkata bagi pendaftaran pelajar baharu,  500 asnaf menerima Dermasiswa Al-Ikhlad berjumlah RM250,000.

“UMT sentiasa komited dalam meningkatkan kesejahteraan pelajar dan sepanjang tahun ini, bantuan zakat yang disalurkan berjumlah lebih RM1 juta.

“Selain itu, UMT juga akan memperkenalkan program AsnafPro iaitu pembiayaan penuh biasiswa zakat UMT kepada pelajar terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen UMT Ke-20 disempurnakan Sultanah Terengganu merangkap Canselor UMT, Sultanah Nur Zahirah di Dewan Sultan Mizan di sini, hari ini.

Turut berkenan berangkat, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada majlis itu 1,592 orang graduan menerima ijazah masing-masing.

Daripada jumlah itu, 33 penerima Ijazah Doktor Falsafah, 129 penerima Ijazah Sarjana, 1,297 penerima Ijazah Sarjana Muda dan 133 penerima Diploma.

Loading...
Terkini