comscore
Tumpuan :
Nasional

RM1 juta buat Kelantan & Terengganu, RM100, 000 buat waris keluarga, mangsa insiden tanah runtuh

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

GEORETOWN: Yayasan Metamorphosis memperuntukkan sumbangan sebanyak RM 100,000 bagi mangsa insiden tanah runtuh Batang Kali Jumaat lalu.

Setiap waris kepada mangsa yang meninggal dunia serta mangsa yang terbabit dalam insiden berkenaan akan menerima sumbangan RM1,000.

Presidennya, Datuk Razalif Mohd Zain berkata, pihaknya menzahirkan rasa simpati terhadap semua mangsa yang terlibat dalam bencana berkenaan.

“Sumbangan ini dihulurkan sebagai tanda simpati kepada mereka yang terbabit.

“Kita akan berjumpa dengan semua waris dan mangsa untuk menerima sumbangan dalam satu majlis penyerahan yang akan diadakan dalam waktu terdekat,” katanya kepada Buletin TV3.

Razalif berkata, Yayasan Metamorphosis akan meneruskan misi bantuan seperti itu dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM 500,000 satu negeri

Jelasnya, sumbangan itu secara tidak langsung menunjukkan komitmen dan kesungguhan Yayasan Metamorphosis untuk turut serta bersama kerajaan membantu rakyat.

“Kita sedia menggerakkan pasukan untuk menyertai misi kemanusiaan bagi membantu penduduk yang berdepan kesusahan akibat bencana banjir,” katanya.

Terdahulu, beliau turut hadir ke majlis penyerahan dan penjenamaan semula Penang Front Party (PFP) serta himpunan perpaduan 10,000 anak muda menyokong Perdana Menteri di sini semalam.

Loading...
Terkini