comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Usahawan terjejas banjir boleh mohon tangguh, jadual semula pembiayaan

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Usahawan terlibat banjir yang mendapat pembiayaan daripada agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diberi kelonggaran untuk menjadualkan semula pembayaran mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata kelonggaran itu sehingga tempoh enam bulan.

“Bagi usahawan yg meminjam daripada agensi kita kita akan ada dasar untuk memberi kelonggaran kepada usahawan ini menjadualkan pembayaran atau menangguhkan pembayaran bagi usahawan terjejas banjir sehingga maksimum 6 bulan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tenggara Manndzri Nasib di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Ewon, kementeriannya komited untuk membantu golongan usahawan termasuk golongan belia bagi memastikan kelangsungan perniagaan bagi menghadapi krisis ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini.

Selain itu beberapa program keusahawanan dalam kalangan graduan turut dirancang tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Loading...
Terkini