comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bayi meninggal dunia didakwa sering didera bapa

Oleh: Fatin Hanani Sahimi 

BERANANG: Bayi berusia enam bulan yang meninggal dunia dipercayai akibat didera kelmarin, dimaklumkan sering didera oleh bapanya.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata ketika hari kejadian dia dilaporkan beraya ke rumah mentua bersama anak sulungnya manakala suaminya mengambil keputusan untuk tidak turut serta dan ingin menjaga anak bongsunya.

Namun sejurus pulang ke rumah, dia mendapati bayinya terbaring di dalam bilik tidur.

Jelasnya apabila ingin melangkah masuk ke bilik berkenaan dia dihalang oleh suaminya, namun terdengar suaminya meninggikan suara dan terlihat seperti lelaki itu seakan menolak muka bayinya ke bawah.

“Dia jadi marahlah, kemudian dia tiarapkan bayi, muka anak saya ke bawah dan dia sumbatkan kain dalam mulut.

“Saya cuba untuk masuk ke dalam bilik untuk selamatkan bayi saya, namun tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Tambahnya, apabila terjaga dari tidur, dia terus bergegas ke bilik berkenaan dan mendapati bayinya sudah tidak bernyawa.

Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beranang selepas waktu zohor semalam.

Sementara itu jiran bayi malang berkenaan memaklumkan mereka sering mendengar tangisan kuat anak kecil hampir setiap hari.

“Kadang kita orang bisinglah anak menangis sampai teruk sedu-sedu sampai teruklah macam kena dera. Kami bising juga dalam group (kumpulan Whatsapp) dia (suspek) pun ada dalam group tu semenjak isteri dia bersalin tu, kitorang biasalah tak ada lah rasa apa tapi semakin lama makin teruk menangisnya makin kuat,” katanya.

Jelas penghuni blok yang hanya ingin dikenali sebagai Mamat mendakwa, penduduk pernah mengajukan masalah itu dalam kumpulan Whatsapp blok, namun ia seperti tidak diendah oleh bapanya.

“Sebelum ni memang tak ada dengar bayi nangis, dalam bulan puasa memang kerap sangat dengar dia nangis sampai hilang suara,” katanya ketika ditemui di pangsapuri berkenaan.

Difahamkan, pasangan suami isteri berkenaan mula menetap bersama dua anak mereka di pangsapuri itu hampir setahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini