comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Eratnya kasih kekanda dan adinda, sentuh hati rakyat

KUALA LUMPUR: Satu momen istimewa dalam suasana hiba dan amat menyentuh hati sempat dirakam lensa kamera Buletin TV3 di Istana Negara di sini hari ini.

Momen itu ialah pertemuan antara Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dengan adinda tercinta, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 berlangsung .

@buletintv3 Detik istimewa ketika pertemuan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama adindanya, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-17 oleh Majlis Raja-Raja di Istana Negara. #BuletinTV3 #Agongke17 #SultanJohor #Johor #Agong ♬ original sound – BuletinTV3

Sultan Ibrahim kelihatan sebak dan ditenangkan adindanya itu.

Tunku Azizah merupakan Raja Permaisuri Agong ke-16 sementara kekandanya Sultan Ibrahim, hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari 2024.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini