comscore
Tumpuan :
Hiburan

[VIDEO] Lagu raya pertama Search selepas empat dekad

Oleh: Norain Shafiqah Mohd Zaki

PETALING JAYA: Selepas hampir empat dekad bertapak dalam industri seni, kumpulan rock ikonik, Search melakar sejarah peribadi apabila berjaya menghasilkan lagu raya pertama.

Lagu berjudul ‘Sujud Aidilfitri’ masih mengekalkan genre rock dan balada yang sudah sebati dengan kumpulan itu. 

Bagi vokalis Search, Datuk Amy, buah tangan terbaharu yang mengambil masa dua bulan untuk dihasilkan itu adalah hadiah buat peminat.

Ia juga salah satu usaha untuk menghidupkan budaya memiliki lagu raya yang semakin jarang dirakamkan, kerana pendengar lebih memilih mendengar lagu raya lama yang bersifat malar segar.

“Banyak orang tanya ataupun fans, kawan-kawan ke.. Eh korang tak pernah ada lagu raya kan? Haa so jom lah kita buat lagu raya. Terhasillah Sujud Aidilfitri,” kata Amy.

Search juga sepakat bahawa karya hasil ciptaan Jun dan kumpulan itu sendiri, sarat dengan mesej yang ingin disampaikan kepada semua pendengar menerusi bait lirik yang dihasilkan.

Search ketika berkunjung ke Sri Pentas, Bandar Utama untuk mempromosikan lagu raya Sujud Aidilfitri

Sujud Aidilfitri juga menekankan kepada pendengar untuk merenung kekhilafan yang telah dilakukan seterusnya dengan rendah hati memohon kemaafan.

Search terdiri daripada empat anggota iaitu Amy, Nasir, Man Kidal dan Harry.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini