comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rombakan perlu jika prestasi menteri meleset – PM

 

PUTRAJAYA: Rombakan kabinet perlu dilakukan sekiranya prestasi menteri meleset atau wujud keadaan lain yang menuntut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rundingan harus diadakan kerana kerajaan ini terbentuk dengan polisi.

Beliau berkata demikian dalam Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di TV3.

“Penyertaan itu harus setimpal dengan kekuatan parti masing-masing. Semua itu mesti diambil kira jadi saya fikir tidak lama lagi.

“Sebelum ini saya bagi tahu pada seorang anak kecil yang bagi nasihat di depan masjid itu, Akmal tak silap saya sebelum akhir tahun. Dan saya setuju.

“Tetapi saya tidak fikir setelah satu tahun saya perlu buat penilaian yang adil.

“Orang perintah 10 tahun, 3 tahun. Jadi perintah setahun itu terlalu awal.

Jelasnya, menteri-menteri perlu diberi peluang memperbaiki prestasi dan Perdana Menteri juga tidak terkecuali.

Justeru, perlu ada sedikit penyesuaian berdasarkan pengalaman selama setahun dan ia akan dilakukan.

Ujar beliau, pasukan kabinet ketika ini nyata lebih baik dari dahulu, namun masih ada ruang untuk dibaiki.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini