comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita ditahan susulan kematian bayi perempuan berusia 2 bulan 

FOTO: Ihsan Warga Kota Damansara/ Facebook

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditangkap susulan kematian seorang bayi perempuan berusia dua bulan di sebuah taska di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Wanita berusia lewat 40-an yang juga pengasuh bayi itu ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 3 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pengasuh yang juga warga asing dan berkahwin dengan lelaki tempatan itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

FOTO: Ihsan Warga Kota Damansara/ Facebook

“Pada masa ini pihak polis masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasatan yang dijalankan terhadap bayi berkenaan.

“Beri kami masa untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Kejadian dipercayai berlaku pada hari kedua mangsa Qaseh Aulia Faizul, berusia 2 bulan, dihantar ke sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara.

Difahamkan bapa mangsa menerima panggilan daripada pihak taska memberitahu anaknya tidak sedarkan diri dengan muka pucat kebiruan sebelum dibawa ke sebuah hospital di Kota Damansara.

Sebaik tiba di hospital berkenaan, dimaklumkan mangsa sudah meninggal dunia dan jenazahnya dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi proses bedah siasat.

Keluarga kemudian membuat laporan polis selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska itu dan mendapati ada unsur kecuaian pengasuh ketika mangsa dalam jagaannya.

Loading...
Terkini