comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita tanpa pakaian ditemui lemas

FOTO: PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemui lemas dalam Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana, Ampang, selepas kira-kira dua jam dilihat berjalan ke dalam tasik itu tanpa berpakaian, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam yang melihat  tindakan wanita berkenaan, kira-kira jam 8.10 pagi.

Susulan itu, ia dimaklumkan kepada pihak bomba sebelum sepasukan anggota daripada Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Selepas melakukan pencarian selama dua jam, mangsa ditemui dan disahkan telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri di lokasi, namun mangsa dianggarkan berusia lingkungan 40-an dan dipercayai warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette-Guerin) di bahu kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian di hantar ke Bahagian Forensik Hospital Ampang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Siasatan masih diteruskan dan kita minta mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini