comscore
Tumpuan :
Nasional

Suami ditahan miliki pistol angin, ugut isteri tak dapat beli dadah

Foto hiasan

AMPANG JAYA: Tindakan seorang lelaki mengugut isterinya kerana enggan memberi wang membeli dadah dan memiliki sepucuk pistol angin mengundang padah apabila ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit berusia 39 tahun mengetuk pintu rumah di Persiaran Saujana Ampang, di sini, dan menjerit dengan kuat supaya isterinya, 40, membuka pintu.

Menurutnya, mangsa enggan membuka pintu kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan keluarga kerana mengamuk tidak diberi wang untuk membeli dadah.

“Mangsa yang bimbang kemudian menghubungi polis meminta bantuan malah ketika menunggu polis anak lelaki berusia 13 tahun memberitahu pernah terlihat sepucuk objek menyerupai pistol (pistol angin) warna hitam berada di bawah meja solek.

“Polis yang tiba kemudian menahan suspek dan pemeriksan di dalam rumah menemui pistol terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam apa-apa perbuatan ugutan jenayah terhadap individu lain dan mememilik atau mengimport senjata tiruan dan suspek direman selama tujuh hari sehingga 14 April ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini