comscore
Tumpuan :
Nasional

Ahli Parlimen Rantau Panjang kemalangan

FOTO: PDRM

AMPANG JAYA: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff cedera ringan selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Antarabangsa, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian 5.08 petang itu, kemalangan membabitkan pacuan empat roda Toyota Hilux dengan kereta Mazda.

Menurutnya, siasatan awal mendapati hujan lebat semasa kejadian dan tiba-tiba kereta Mazda dari arah bertentangan memasuk ke laluan pemandu Hilux menyebabkan dua kenderaan itu bertembung.

“Akibat daripada kemalangan ini, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan manakala, kesemua mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemandu dan penumpang Hilux ini terdiri empat ahli keluarga di mana salah seorang penumpang adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya ketika kejadian itu mereka dalam perjalanan ke Puchong untuk menghadiri majlis berbuka puasa.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Zon Kuning Jabatan Kecemasan Hospital Ampang dan dibenarkan pulang pada hari yang sama.

“Sekiranya ada terdapat saksi bagi kes kemalangan ini, diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini