comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita warga emas ditemui rentung

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas berusia 60an rentung dalam kejadian kebakaran di lorong Jalan SS/2, Kelana Jaya awal pagi hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.46 pagi.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa telah terbakar hampir 80 peratus badannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan dilakukan mendapati terdapat pemetik api serta botol berhampiran mangsa di lokasi kejadian.

“Pihak polis sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi sama ada mangsa membakar dirinya atau ada unsur lain,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Mengulas lanjut, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis turut membuka kertas siasatan untuk mengenal pasti punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Loading...
Terkini